Monday, 5 March 2018

TAZKIRAH RINGKAS MENGENAI PERGAULAN






PENYIMPANGAN dan masalah seksual , khusus di kalangan remaja semakin membimbangkan.Pergeseran kefahaman seperti dosa masing-masing tanggung, kubur masing-masing jaga, membuatkan masalah dosa dan zina sesuatu yang mukla dipandang remeh.

Penyimpangan seks, iaitu zina sesuatu yang amat keji dan mesti dihindari setiap Muslim sebagaimana firman Allah yang bermaksud ‘...dan janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu perbuatan yang sangat keji dan satu jalan yang sangat buruk.”

Pergaulan bebas, berdua-duaan, berpimpin tangan, rapat merapati dan berhimpit di atas motosikal adalah faktor permulaan yang kuat mendorong ke arah penyimpangan seksual.

Alam remaja adalah alam yang sangat mencabar sehingga disebut nabi dalam satu senarai orang kenamaan akhirat adalah remaja yang terselamat dan menyelamatkan diri dari zina.

LANGKAH PENCEGAHAN MENURUT ISLAM ADALAH ;

  • ·         Jaga pandangan mata dengan tidak melihat aurat jantina berlainan termasuk                gambar serta filem pornografi.
  • ·         Tidak bersentuhan kulit antara lelaki dan wanita termasuk bersalaman.
  • ·         Tidak bergaul tanpa batasan.




0 comments:

Post a Comment